Bagaimana Benua Dipisahkan Dan Ditentukan?

Bagaimana Benua Dipisahkan Dan Ditentukan? Public

infokini

1 week
2 Views
Want to watch this again later?
Sign in to add this video to a playlist. Login
Share 0 0

Share Video:

Category:
Description:
Bagaimana Benua Dibahagikan

Benua secara umum bererti daratan yang dibahagikan kepada beberapa bahagian. Di Malaysia, jika ditanya “berapa benua yang ada di dunia?. Pasti jawapannya tujuh, Asia, Eropah, Australia, Africa, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Antartika. Tetapi jika soalan ini ditanya di negara lain, kemungkinan jawapannya adalah 5. Jadi, kenapa jawapan ini tidak konsisten bagi semua negara? Dan bagaimana benua ini dikategorikan?

Terdapat pendapat mengatakan benua dipisahkan antara daratan besar dan lautan. Jika anda berfikir seperti ini, anda salah! Ini jawapan sebab anda salah . Ini adalah eropah, dan ini asia. Tetapi 2 benua ini tidak dipisahkan oleh mana mana lautan. Jawapan biasa yang diberikan dalam persoalan ini adalah sebab adat dan budaya. Sememangnya Kedua dua negara ini sangat berbeza dalam adat dan budaya. Sebab itulah ia menjadi 2 benua berbeza. Tetapi, Jika jawapan ini diguna pakai, masalah lain akan kelihatan. Sebabnya, india dan timur tengah juga sepatutnya adalah 2 benua berbeza, jika kita mengikut teori ini. Jadinya, benua akan bertambah dan menjadi ruang yang lebih kecil.
Dalam isu ini, sesetengah pakar menggabungkan 2 benua ini menjadi 1 benua, dan menamakan Eurasia. Maksudnya, Eropah dan Asia digabungkan. Wujudnya Eurasia ini menjadikan bumi mempunyai 6 benua. Model ini kebanyakannya diajar di Eropah Timur dan Jepun. Dalam model ini, kita akan mempunyaibenua Amerika Utara, Amerika Selatan, Australia, Antartica, Africa dan Eurasia.

Konsep benua dipisahkan lautan juga tidak boleh diguna pakai di benua amerika. Amerika Utara dan Amerika Selatan, Kedua dua benua ini dihubungkan dengan Panama. Kita boleh berjalan dari Alaska utara dengan merentasi semua negara ini, dan akhirnya sampai di negara Chile. Jika kedua dua benua digabungkan, kita akan mempunyai 5 benua. America, Eurasia, Africa, Australia dan Antartica.

Teruskan Menonton Dan Jangan Lupa Subscribe

Comments:

Comment
Up Next Autoplay