Kenapa Orang Jepun Kerja Kuat?

Kenapa Orang Jepun Kerja Kuat? Public

infokini

4 weeks
4 Views
Want to watch this again later?
Sign in to add this video to a playlist. Login
Share 0 0

Share Video:

Category:
Description:
Kenapa Orang Jepun Bekerja Bersungguh sungguh?

Waktu Kerja yang panjang adalah cara hidup di Jepun, Sehinggakan ada yang meninggal dunia disebabkan ini. Kar*shi adalah istilah yang bermaksud kematian akibat kerja keras. Jadi kenapa mereka bekerja begitu keras dan bolehkah ia ubah?

Jepun adalah antara negara yang mempunyai waktu bekerja paling lama di dunia. Hampir suku syarikat di jepun mempunyai pekerja yang bekerja overtime lebih daripada 80 jam dalam sebulan. Dan overtime itu tidak dibayar. Kini, budaya korporat jepun didorong oleh "SalaryMan".

Istilah SalaryMan bermaksud kesetiaan pekerja terhadap syarikat, dan akan menghabiskan keseluruhan kerjayanya untuk syarikat berkenaan. SalaryMan ini juga bukan sahaja menghabiskan masa berjam jam di pejabat, malahan turut melakukan aktiviti luaran bersama contohnya lepak minum bersama rakan sepejabat.

Pada tahun 2017, satu tinjauan mendapati bahawa walaupun pekerja berhak mendapatkan cuti tahunan 20 hari setahun, hanya separuh dari jumlah itu sahaja yang digunakan

Etika kerja jepun ini dirujuk sebagai "keajaiban ekonomi", yang secara dramatiknya bermula pada tahun 1950 an, dan ini mendorong jepun menjadi antara negara maju di dunia. Syarikat di jepun telah menekankan budaya kejayaan sesebuah syarikat lebih penting daripada kejayaan individu. Perkara ini menjelaskan dalam satu kajian bahawa 63% orang jepun merasa bersalah kerana mengambil cuti berbayar.

Teruskan Menonton....

Comments:

Comment
Up Next Autoplay